Sunday, 2 May 2010

Kes Aminul Rashid ditembak polis

Ini adalah salinan report polis yg berjaya aku kesan di laman sesawang..
Aku copy paste untuk tatapan anda semua..

Pengadu menyatakan:-

Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.

Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya
(sumber dari: http://talikasutkayu-talikasutkayu.blogspot.com)

Apa pendapat aku pulak?
Bagi aku dua2 ada salah nyer.. Budak tu xde lesen memandu.
Kalau kita ade lesen memandu, kita tak akan pecut laju bila
jumpa Polis sebab dalam kelas memandu dah diajar camner
nak selesai masalah bila polis tahan.
Polis pulak kenapa melepaskan tembakan. Bukan ke polis
sepatutnyer mengejar kereta tersebut sampai kereta tu terbabas?
Kan dah tembak tayar sampai pancit, kejar jela kereta tu sampai
terbabas. Tapi kan kalau kereta aminul rashid melanggar org awam
sampai mati, camner pulak??
Pastu kes polis tendang kwn die tu, betul ke? Ganas jgak Polis ni..

Friday, 30 April 2010

Ip Man 2

Tadi tengok movie cter Ip Man 2.. huhuhu best..
tapi jadi slack sikit la bila sammy hung tu punyer
aksi kungfu ade terbang2..
mungkin sammy dah tua kot..
Kungfu Ip Man agak realistic berbanding master2 yg lain..


Citer ni berdasarkan true story.. Ip Man ni tok guru kepada
bruce lee.. rugi xtgok.. tp kenala tgok
Ip Man yg no 1.. yg ni sequence die no 2..

Ni gambar Ip Man yg betul2.. dah tua..

Thursday, 29 April 2010

Tepat jam 12 malam

Tepat jam 12 malam..

Barulah iklan nuffnang nak muncul,
sapela yg sanggup tgu sampai kul 12..

Saturday, 17 April 2010

Achik Spin Meninggal Dunia (Watch the video)


Singer and actor Abdillah Murad Md Shari, better known as Achik Spin, was killed in a tragic accident today (Saturday) around 6.15pm, reportedly at kilometre 14.7 of the Kajang-Seremban Highway (LEKAS).

Details are still sketchy though the 28 year-old was said to have been killed on the spot as the vehicle he was driving - a Toyota Estima - was engulfed in flames.

Achik was reportedly thrown out of the vehicle due to the impact and died of severe head and body injuries while the car later caught fire and exploded.

Watch the video live from the scene..

http://www.youtube.com/watch?v=cNwe1eDZwmE

Tuesday, 6 April 2010

Local Top Gear show..

Actually, rancangan top gear bukan masuk versi malaysia.
Thread ini merujuk kepada rancangan tempatan ala2 top gear/fifth gear
yg akan bersiaran di 8TV.
This brand new motoring television program that will premiere
on 8TV on the 11th of April 2010 (Sunday) at 10.30pm.
Juduk rancangan ini ialah driven.
Watch the promo on youtube.. =)
http://www.youtube.com/watch?v=EMCiAR7Tens
......



......
Enjoy the video..

Monday, 5 April 2010

YUNA Perform kat Los Angeles

Aku sedang menonton TV, membelek2 channel yg best2.
Tiba-tiba aku terbaca kt info, TV3 ada ABPBH, Live.
LOL, seriously aku tak tau dowh..
Dah termiss 40min, tp xpela, sambung tgok sape2
yg dapat award.
Satu award yg menarik perhatian aku ialah YUNA.
Dia dpt award ape ntah (malas aku nk search kt google).
Pastu yg naik stage, ade gurl freehair.
Eh, Yuna bukak tudung??
Rupa2nya wakil die je tu. YUNA kat US kata die.
Watpe kt US?? Aku pun mencari info sampailah
terjumpa link youtube Yuna tgah perform.
http://www.youtube.com/watch?v=hAZKiL0hELw&feature=related
...


...
Lagu die best jgak..
Lagi perkara menarik kt ABPBH ialah
Fasha Sanda kena Booo oleh penonton..
Hahahaha.. wat malu je..

Saturday, 3 April 2010

Rukunegara haruslah ditukar.



Baru-baru ini aku ada berdiskusi bersama ayahanda.
Beliau mahu berkongsi isi-isi penting semasa mendengar
kuliah maghrib yang aku tak sempat nak pergi hari tu.
Topik nyer menarik, mengenai penggunaan kalimah ALLAH.
Tapi bukan mengenai hukum, perkara ini semua orang dah tahu.
Topiknya mengenai rukunegara.
Kepada semua penganut bukan islam terutama penganut
kristian, kalian mendakwa perkataan ALLAH untuk semua.
OK, jika kami umat islam setuju, boleh kah kami
mengubah rukunegara?
...


...
Kepercayaan kepada tuhan, akan kami tukarkan kepada
Kepercayaan kepada ALLAH. Boleh tak?
Setiap pagi semasa perhimpunan hari isnin di sekolah,
semua murid dan guru, melayu, tamil, cina, hendaklah
menggantikan perkataan tuhan kepada ALLAH.
Setiap tahun menyambut kemerdekaan di dataran
merdeka, semua bangsa haruslah menyebut
nama ALLAH, sebab kita sudah tukar rukunegara.
Kepercayaan kepada ALLAH!!..
Tiada lagi perkataan tuhan kerana kalian
mendakwa ALLAH untuk semua makhluk dan agama.
Sekian..