Sunday, 2 May 2010

Kes Aminul Rashid ditembak polis

Ini adalah salinan report polis yg berjaya aku kesan di laman sesawang..
Aku copy paste untuk tatapan anda semua..

Pengadu menyatakan:-

Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.

Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya
(sumber dari: http://talikasutkayu-talikasutkayu.blogspot.com)

Apa pendapat aku pulak?
Bagi aku dua2 ada salah nyer.. Budak tu xde lesen memandu.
Kalau kita ade lesen memandu, kita tak akan pecut laju bila
jumpa Polis sebab dalam kelas memandu dah diajar camner
nak selesai masalah bila polis tahan.
Polis pulak kenapa melepaskan tembakan. Bukan ke polis
sepatutnyer mengejar kereta tersebut sampai kereta tu terbabas?
Kan dah tembak tayar sampai pancit, kejar jela kereta tu sampai
terbabas. Tapi kan kalau kereta aminul rashid melanggar org awam
sampai mati, camner pulak??
Pastu kes polis tendang kwn die tu, betul ke? Ganas jgak Polis ni..

5 comments:

  1. pendapat aku sama dengan kau. keluarga budak tu pun terok sebenarnye. sepatutnye budak tu kat rumah, tido...

    ReplyDelete
  2. sorry nyampuk..tp setuju la dgn awk..2-2 slh..( tx sebab drop by blog sy) dh alang2 baca blog ni sy jd follower la ea..

    ReplyDelete
  3. btol ke idak laporan bdk tu?mcm drama la pulak ak tgok..x kn la polis kita sekejam itu smpai nk tendang2..aishhh mcm2 la..

    ReplyDelete
  4. Cik juera.. Polis bukan kejam, sekarang ni byk perompak dah ade pistol dgn parang.. Ade kes polis cedera bila nak tangkap org.. so, sebelum beliau cedera, sbb tu polis tendang bg org tu lemah x boley bangun.. kalau dah x boley bangun, baru boley gari.. Perompak yg x ditendang, susah dowh nak gari.. xpasal2 polis tu plak yg kena tendang dgn perompak.. Dlm kes ni, polis tu tak tau org tu budak form 3.. Budak tu terlepas semasa ditendang sebab polis mula tersedar dorang tersalah pukul..

    ReplyDelete
  5. Amirul rashidi yang bersalah sebenarnya...dah la xde lesen bawah umur plak 2 bwk kereta.......apa nak jadi da??? :)

    ReplyDelete